About ...

Saturday, October 3, 2009

Susu kambing mampu tingkat tumbesaran


Siblings staying together and growing up togetherSusu kambing merupakan pilihan makanan terbaik bagi membantu meningkatkan tumbesaran badan manusia kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti yang hampir sama dengan susu manusia.


Susu kambing merupakan pilihan yang mempunyai nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino.

Kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin A, D dan E amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan dalam kehidupan seharian.


Kandungan lemak yang rendah juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti jaundice, asma dan gastrik serta sesuai untuk sistem penghadaman yang bermasalah.


Jika dibandingkan, susu kambing adalah lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan ia kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.


Susu ini juga boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalah tenaga batin.